Khamis, 20 Zulhijjah 1440 / 22 Ogos 2019

Latar Belakang

Latar Belakang MAIS

MAIS merupakan satu entiti pertubuhan perbadanan (a body corporate) menurut Seksyen 5(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pada 1 Mac 2005, Pentadbiran Bahagian Pengurusan Baitulmal (BPB) telah dipindahkan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke MAIS dan telah disahkan oleh Mesyuarat MAIS pada 14 April 2005.

Pengasingan ini adalah menepati kehendak peruntukan Seksyen 81(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan bahawa MAIS berkuasa untuk mentadbir dan berhak kepada semua wang dan harta Baitulmal.


KEWAJIPAN MAIS

"MAKA HENDAKLAH MENJADI KEWAJIPAN MAJLIS UNTUK MENGGALAKKAN, MENDORONG, MEMBANTU DAN MENGUSAHAKAN KEMAJUAN DAN KESEJAHTERAAN EKONOMI DAN SOSIAL MASYARAKAT ISLAM DI DALAM NEGERI SELANGOR SELARAS DENGAN HUKUM SYARAK"

Seksyen 7, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003


FUNGSI MAIS

Pada awal penubuhannya, fungsi MAIS adalah untuk menasihati DYMM Sultan sebagaimana diperuntukkan dalam Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1952 (Enakmen No. 3 Tahun 1952) yang menyatakan seperti berikut:

'Majlis bagi pihaknya dengan kuasa dikurniakan oleh DYMM Sultan bagi sifatnya menjadi Ketua Agama Negeri inil Hendaklah menolong dan menasihatkan kepada DYMM Sultan di atas segala perkara yang berkaitan dengan Agama Negeri dan Adat Istiadat Melayu, dan hendaklah di dalam segala perkara-perkara itu menjadi kuasa yang tertinggi sekali di dalam negeri ini melainkan yang ada berlawanan dengan perkara yang tersebut di dalam Undang-undang ini.'

Walau bagaimanapun, pada tahun 2003, fungsi MAIS tersebut telah dimansuhkan dan digantikan dengan Seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 sebagaimana berikut:

'Majlis hendaklah membantu dan menasihati DYMM berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan Agama Islam di dalam Negeri Selangor, kecuali perkara-perkara Hukum syarak dan berhubungan dengan pentadbiran keadilan, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di dalam Negeri Selangor selepas Duli Yang Maha Mulia Sultan, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini.'

 

KUASA MAIS

Kuasa-kuasa MAIS yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1952 (Enakmen No. 3 Tahun 1952) dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah sama dalam 10 bidang kuasa.

Walau bagaimanapun, terdapat penambahan kuasa untuk MAIS dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 sebagaimana dijelaskan dalam jadual berikut:

 

1952

2003

1.

Majlis berkuasa menjadi pewaris, harta pusaka dan wakil amanah.

Majlis berkuasa menjadi pewaris, harta pusaka dan wakil amanah.

2.

Majlis berkuasa menjalankan aktiviti komersial dan perindustrian. 

Majlis berkuasa menjalankan aktiviti komersial dan perindustrian.

3.

Majlis berkuasa menggalakkan kegiatan komersial tersebut melalui bantuan kewangan.

Majlis berkuasa menggalakkan kegiatan komersial tersebut melalui bantuan kewangan.

4.

Majlis berkuasa menjalankan kegiatan komersial secara usaha sama. 

Majlis berkuasa menjalankan kegiatan komersial secara usaha sama. 

5.

Majlis berkuasa membuat pelaburan. 

Majlis berkuasa membuat pelaburan. 

6.

Majlis berkuasa menubuhkan sekolah Islam, Institut latihan dan penyelidikan Islam.

Majlis berkuasa menubuhkan sekolah Islam, Institut latihan dan penyelidikan Islam.

7.

Majlis berkuasa menubuhkan perbadanan dan anak syarikat. 

Majlis berkuasa menubuhkan perbadanan dan anak syarikat. 

8.

Majlis berkuasa membuat pinjaman. 

Majlis berkuasa membuat pinjaman. 

9.

Majlis berkuasa melantik jawatankuasa-jawatankuasa dan pegawai untuk membantu dalam menunaikan kewajipannya.

Majlis berkuasa melantik jawatankuasa-jawatankuasa dan pegawai untuk membantu dalam menunaikan kewajipannya.

10.

Majlis berkuasa menentukan tatacara dan amalannya sendiri.

Majlis berkuasa menentukan tatacara dan amalannya sendiri.

11.

 

Majlis berkuasa menubuhkan, mengurus dan mengawal rumah-rumah kebajikan untuk anak yatim. 

12.

 

Majlis berkuasa menubuhkan skim pinjaman pendidikan tinggi. 

13.

 

Majlis berkuasa melakukan segala perbuatan yang sesuai dan bermanfaat.