Khamis, 20 Zulhijjah 1440 / 22 Ogos 2019

Logo MAIS

Rasional Logo

Logo ini dihasilkan melalui elemen Islamik, imej bulan sabit, bintang dan Logo Negeri Selangor Darul Ehsan.

Logo Negeri Selangor Darul Ehsan diletakkan di tengah-tengah logo bagi mencerminkan MAIS adalah di bawah pentadbiran Negeri Selangor Darul Ehsan.

Elemen Islamik ini melambangkan peranan MAIS sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab untuk meningkatkan dan memajukan taraf sosio ekonomi umat Islam. 

Bulan sabit berwarna kuning menggambarkan MAIS ditadbir dibawah Duli Yang Maha Mulia Sultan yang berdaulat sesuai dengan peranan baginda sebagai Ketua Agama Islam bagi Negeri Selangor Darul Ehsan.

Warna putih yang terletak di tengah logo adalah melambangkan kesucian dan kebersihan yang meliputi semua aspek fizikal, mental dan spiritual.

Paten Islamik yang berbucu lapan (warna biru) adalah elemen grafik geomatrik Islam yang menggambarkan kecemerlangan tamadun Islam dan kesediaan menghadapi cabaran global. Ia juga menggambarkan keharmonian dan ikatan dakwah antara warga MAIS di dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

Paten Islamik yang berbucu lapan (warna hijau) menggambarkan erti kedamaian dan konsep Mesra Pelanggan yang menjadi pegangan MAIS di dalam merealisasikan visi dan misi yang telah ditetapkan oleh pengurusan.

 

MOTO

Mengharap Keredhaan Allah

MAIS sentiasa mengharap keredhaan Allah di dalam usaha merancang, membangun, memaju, serta mengurusakan sumber Baitulmal dan Zakat secara optimum untuk kepentingan dan kemajuan umat Islam di Negeri Selangor Darul Ehsan.