Bahagian Undang-Undang
Piagam Pelanggan Bahagian Undang-Undang
-
Memastikan segala urusan perundangan Majlis Agama Islam Selangor diurus selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.
-
Memastikan semua kes yang melibatkan Majlis Agama Islam Selangor di Mahkamah Syariah diwakili oleh Peguam atau Pegawai Syariah yang dilantik.
-
Memastikan semua perjanjian Majlis Agama Islam Selangor disediakan dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen lengkap daripada bahagian yang berkaitan.
-
Memastikan pandangan awal undang-undang diberikan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan memo daripada bahagian atau agensi yang berkenaan.
Fungsi-Fungsi Bahagian Bahagian Undang-Undang
-
Memberi nasihat undang-undang sivil dan syariah.
-
Mengkaji serta menyelidik kes-kes yang melibatkan Majlis dan menyediakan dokumentasi/saksi bagi kes-kes di mahkamah.
-
Mengkaji, meneliti, mengubal, menyemak dan meminda undang-undang untuk dikuatkuasakan oleh Majlis.
-
Membantu mentaksir enakmen-enakmen Majlis dan mengkaji undang-undang yang digunapakai oleh Majlis serta menguruskan proses pewartaan undang-undang
-
Mengendalikan kes-kes guaman syarie dan bertindak sebagai peguam syarie Majlis dan memantau kes-kes yang diwakili oleh panel peguam.
-
Menguruskan penyediaan dan proses semakan semua jenis perjanjian bagi pihak Majlis.
-
Menyelaras perkara perundangan di agensi di bawah MAIS.
Carta Bahagian Undang-Undang