Sabtu, 26 Zulkaedah 1438 / 19 Ogos 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Bahagian Harta Baitulmal

Piagam Pelanggan Bahagian Harta Baitulmal

  • Memaklumkan terimaan Permohonan menebus, pengurangan penebusan, menjual atau membeli lebihan harta pusaka Baitulmal dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh terima surat permohonan;

  • Mengeluarkan surat perakuan penerimaan pelbagai hasil pusaka Baitulmal kepada agensi-agensi terlibat dalam tempoh 14 hari bekerja selepas resit pembayaran terima;

  • Memastikan pelanggan menerima dokumen wasiat bertulis yang telah ditandatangani dan disahkan dalam tempoh 14 hari bekerja;

  • Memastikan pelanggan menerima surat akuan terima harta luqatah dalam tempoh 7 hari bekerja selepas harta luqatah diserahkan;
  • Memastikan proses pelupusan ke atas harta luqatah dilaksanakan setelah tempoh hebahan yang ditetapkan tamat; 

  • memastikan pelanggan menerima dokumen perisytiharan hibah yang telah ditandatangani dan disahkan dalam tempoh 14 hari bekerja; dan 

  • Memastikan Pelanggan menerima resit serahan wang tidak patuh syariah, wang luqatah, wang orang berhutang, wang tak dituntut dan sedekah dalam tempoh 7 hari bekerja.

Fungsi-Fungsi Bahagian Harta Baitulmal

  • Mengurus permohonan, penyimpanan dan pelaksanaan sesuatu wasiat orang Islam;

  • Mengurus permohonan dan pelaksanaan hibah;
  • Mengurus permohonan pusaka dan tebus pusaka Baitulmal;
  • Mengurus permohonan kebenaran membuat pungutan khairat;
  • Mengurus terimaan wang tidak patuh syariah, wang orang berhutang, wang tak dituntut milik umat Islam, wang luqatah dan sedekah; 
  • Mengurus terimaan harta luqatah dan melaksanakan aktiviti hebahan; dan
  • Melaksanakan aktiviti promosi dan pemasaran harta orang Islam dan Baitulmal seperti pusakan, wasiat, hibah, wang tidak patuh syariah, wang orang berhutang, wang tidak dituntut, harta luqatah, sedekah dan peramanahan.