[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 22 Februari – Bahagian Pentadbiran MAIS muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Bowling Antara Bahagian MAIS bagi kategori kumpulan selepas melakukan sebanyak 1505 jatuhan pin, manakala Bahagian Pengurusan Projek MAIS dinobatkan sebagai naib johan dengan mencatatkan 1493 jatuhan pin dan tempat ketiga dimenangi oleh Bahagian Audit Dalam MAIS dengan mengumpul sebanyak 1426 jatuhan pin di sini malam tadi.

Kejayaan itu membolehkan juara keseluruhan membawa pulang hadiah trofi dan hamper, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima hadiah yang sama.

Menurut salah seorang juara bagi kategori individu, Mohd Farid Baharon, Pengarah Pengurusan Korporat MAIS menyifatkan kejayaan ini adalah hasil latihan yang berterusan serta sokongan moral daripada rakan-rakan yang memberikan semangat untuk terus fokus sepanjang kejohanan berlangsung.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada pihak penganjur, saya tidak menyasarkan anugerah ini, kemenangan ini bukan untuk saya seorang sahaja, tetapi untuk sektor saya semua,” ujarnya.

Kejohanan bowling anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan (KSK) MAIS itu disertai oleh 21 pasukan di Bahagian MAIS dan telah disempurnakan perasmian oleh Dr. Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.

Dalam perkembangan yang sama, Ahmad Helmi Rahmat, Yang Dipertua KSK MAIS memberitahu kejohanan bowling ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara pegawai dan pengurusan tertinggi MAIS.

“Ianya juga sebagai pemilihan bagi mewakili MAIS untuk menyertai pertandingan bowling KESUMAS yang akan diadakan pada bulan September 2020,” katanya.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2847″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2849″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2848″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2850″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor