Rabu, 6 Safar 1440 / 17 Oktober 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Bahagian Kawalan Anak Syarikat & Agensi

Objektif Unit

Menyelia dan mengawal tadbir urus organisasi agensi agama, kumpulan anak Syarikat MAIS dan MAIS Daerah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

 

Fungsi-Fungsi Bahagian Kawalan Anak Syarikat & Agensi

  • Memastikan Kumpulan Anak Syarikat MAIS & Agensi MAIS mematuhi Garis Panduan Tadbir Urus Kumpulan Syarikat & Agensi MAIS yang diluluskan.
  • Menyemak peraturan-peraturan berkaitan anak syarikat dan agensi dari masa ke semasa bagi menjaga kepentingan MAIS.
  • Memantau dan memastikan pelaksanaan Pelan Strategik dan Pengurusan Risiko Anak Syarikat dan agensi di bawah MAIS selaras dengan kehendak MAIS.
  • Melaksanakan Pengurusan Tadbir Urus Terbaik (Good Governance) di MAIS, Kumpulan Syarikat Dan Agensi MAIS secara menyeluruh dengan mengenal pasti masalah, memberikan syor dan memastikan semua mengamalkan Tadbir Urus Terbaik dalam organisasi dan pentadbiran.
  • Memastikan anak syarikat dan agensi MAIS melaksanakan arahan Pengerusi dan Setiausaha MAIS dari semasa ke semasa.