Sabtu, 26 Zulkaedah 1438 / 19 Ogos 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Piagam Pelanggan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

  • Memastikan setiap pegawai MAIS menghadiri latihan sekurang-kurangnya 3 hari berdasarkan kompetensi pegawai dalam tempoh 1 tahun.

  • Mengurus pelantikan pegawai baru MAIS dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Manusia MAIS.

  • Memastikan Buku Rekod Perkhidmatan Pegawai dikemaskini dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh maklumat diterima.

  • Menyediakan kertas pertuduhan untuk pertimbangan Jawatankuasa Tatatertib MAIS dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh laporan rasmi diterima.

  • Mengekalkan persijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 MAIS.

 

Fungsi-Fungsi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

  • Merancang dan menyelia struktur perjawatan dan organisasi MAIS;

  • Mengurus hal ehwal pengambilan dan perkhidmatan pegawai;

  • Mengurus segala dasar, pekeliling, peraturan dan garis panduan yang berkaitan dengan aktiviti Sumber Manusia;

  • Merancang dan mengurus program latihan dan kompetensi pegawai;

  • Mengurus prestasi pegawai;

  • Mengurus penganugerahan dan pengiktirafan pegawai;

  • Menyelia tata kelakuan dan tatatertib pegawai;

  • Mengurus kebajikan dan persaraan;

  • Mengurus kenaikan pangkat serta pemangkuan pegawai; dan   

  • Sekretariat bagi Mesyuarat JKSM, Mesyuarat Tatatertib dan Mesyuarat PPSM.