Sabtu, 21 Muharram 1441 / 21 September 2019

Al-Riqab


 Susunan oleh: Bhagian Komunikasi Korporat MAIS

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN AL-RIQAB?

Ar-riqab adalah salah satu golongan yang berhak menerima zakat. Perkara ini disebut di dalam ayat 60 surah at-Taubah yang bermaksud, “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya (ar-riqab), dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

[U1] [U2] 

Setelah meneliti perbezaan pandangan oleh para fuqaha’ dalam mentafsirkan golongan yang layak menerima zakat di bawah asnaf ar-riqab ini dan menilai kemaslahatan umat Islam pada masa kini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah mengharuskan penggunaan wang zakat untuk membantu asnaf ar-riqab yang terbelenggu dengan masalah sosial dan akidah.

 

Fatwa Jenis Penerima Asnaf al-Riqab Negeri Selangor Dan Apa-Apa Yang Berkaitan Dengannya yang telah diwartakan pada 7 Jun 2012 telah memperincikan individu yang layak menerima zakat al-Riqab. Ini termasuklah individu yang terlibat dengan masalah sosial dan akidah seperti berikut:-

 

(1)    Masalah sosial:

 

(a) Terbelenggu dengan dadah:

i. Penagih dadah.

ii. Bekas penagih dadah.

 

(b) Terbelenggu dengan masalah jenayah syariah:

i. Minum arak.

ii. Zina.

iii. Judi.

iv. Khalwat

v. Buang anak

vi. Mengandung luar nikah.

vii. Mempersendakan Al-Quran dan Hadis.

viii. Sumbang mahram.

ix. Persetubuhan haram.

x. Muncikari (ibu ayam).

xi. Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam.

xii. Dan lain-lain yang berkaitan Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

 

(c) Terbelenggu dengan amalan salah Islam:

i. Tidak solat.

ii. Tidak puasa.

iii. Buang anak.

iv. Usaha ingin bunuh diri.

v. Hidup bersama pelacur.

 

(d) Terbelenggu dengan gaya hidup sonsang:

i. Pelacur.

ii. Lesbian.

iii. Mak Nyah (Transexual).

iv. Gay.

v. Homoseksual.

vi. Gigolo.

vii. Biseksual.

viii. Pengkid.

ix. Tomboy.

x. Bersedudukan dengan orang bukan Islam.

 

(e) Terbelenggu dengan kes juvana:

i. Gangster.

ii. Jenayah melibatkan harta benda.

iii. Pergaduhan yang nelibatkan kecederaan.

iv. Kes rompak.

v. Pecah rumah.

vi. Kes rogol.

vii. Jenayah yang melibatkan peralatan senjata yang merbahaya.

viii. Ugutan yang melibatkan keganasan.

 

(f) Terbelenggu dengan penyakit kronik :

i. Penyakit HIV/AIDS.

ii. Kanser/barah.

iii. Tibi.

iv. Hepatitis.

v. Dan lan-lain.

 

(2)    Masalah Akidah:

 

(a) Terbelenggu dengan masalah syirik dan khurafat:

i. Doktrin palsu.

ii. Mengaku menjadi nabi.

iii. Menghina Islam.

iv. Pemujaan salah.

v. Mempersendakan Al-Quran dan Hadis.

 

(b) Memurnikan akidah orang Isalam yang terpesong

i. Orang yang ingin/berhasrat murtad.

ii. Orang yang dalam proses Istitabah.

 

2. MENGAPA ASNAF AL-RIQAB PERLU DIBANTU?

Berasaskan kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor 2011, peruntukan dari sumber zakat boleh digunakan bagi membebaskan umat Islam yang terbelenggu dengan masalah sosial dan akidah bagi memastikan mereka bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Mutakhir ini, permasalahan sosial amat membimbangkan dengan peningkatan jumlah orang yang menghidap HIV dan perlakuan seks songsang, kes wanita hamil tanpa nikah, peningkatan jumlah penagih dadah, judi dan arak, kanak-kanak terpinggir tanpa pendidikan dan perlindungan yang selamat, warga emas gelandangan, peningkatan golongan LGBT serta orang yang mendapat penyakit mental akibat dari penyalahgunaan dadah dan ajaran sesat. Lebih malang lagi, mereka ini sebahagiannya adalah umat Islam yang memerlukan bimbingan untuk mereka kembali bertaubat. Justeru, MAIS menggalas tanggungjawab membantu membimbing asnaf al-riqab supaya mereka kembali bertaubat dan menjadi mukmin yang diredhai Allah S.W.T.

 

[U3] 3. APAKAH SYARAT-SYARAT PENERIMA BANTUAN ASNAF RIQAB DAN BAGAIMANAKAH KAEDAH PENYAMPAIAN BANTUAN OLEH MAIS KEPADA ASNAF AL-RIQAB?

Fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang telah diwartakan pada 7 Jun 2012 telah menggariskan bahawa kriteria penerima asnaf al-riqab iaitu hendaklah :-

1)    beragama Islam;

2)    tiada mempunyai sumber kewangan yang mencukupi;

3)    tidak mendapat bantuan daripada sumber-sumber lain;

4)    telah mendapat pengesahan pihak MAIS untuk membebaskan dirinya dari belenggu yang dihadapi; dan

5)    dengan rela hati mengikuti program pemulihan dan rawatan spiritual Islam yang dilaksanakan oleh pihak MAIS dan bersetuju menghadiri kelas-kelas bimbingan agama yang telah ditetapkan oleh pihak MAIS.

 

Untuk tujuan ini, MAIS telah memperkasakan Bahagian Pemulihan Al-Riqab bagi melaksanakan penyerahan bantuan secara sistematik kepada asnaf al-riqab yang memenuhi syarat-syarat tersebut di atas. Bantuan zakat asnaf al-riqab ini akan disalurkan oleh pihak MAIS melalui perantara mana-mana institusi, pusat, NGO Islam dan individu perseorangan yang dibenarkan oleh undang-undang dan Hukum Syara’ yang berfungsi melaksanakan tugas-tugas membebas, mengurus, melindungi, merawat dan memulih asnaf al Riqab supaya dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna menurut Islam.

Golongan al-riqab ini juga layak mendapat manfaat wang zakat melalui program pemulihan yang dilaksanakan oleh pihak MAIS dengan dibantu oleh NGOi yang berdaftar dengan pihak MAIS bertujuan mendidik dan membimbing mereka menjadi mukmin yang diredhai Allah. Bantuan keperluan hidup juga turut diberikan kepada golongan ini. Sebagai contoh, asnaf al-riqab diberi bantuan sewa rumah agar mereka boleh berhijrah ke tempat tinggal yang lebih baik agar mereka istiqamah dengan cara hidup bersyariat. Selain itu, bantuan kewangan bulanan juga diberikan kepada individu yang menjaga mereka supaya individu tersebut dapat memanfaatkan wang tersebut bagi menggalakkan asnaf al-riqab menghadiri kelas bimbingan yang dianjurkan oleh pihak MAIS. Bantuan-bantuan lain seperti bantuan modal perniagaan dan bantuan perubatan juga diberikan kepada asnaf al-riqab untuk meringankan beban kehidupan agar mereka semakin dekat dengan Allah.

Susunan Oleh: Bahagian Komunikasi Korporat MAIS

Firman Allah SWT di dalam surah Yunus 10: 108

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (al-Quran) daripada Tuhan kamu. Oleh itu, sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepada-Nya), maka hidayah itu berguna untuk dirinya sendiri. Sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu mencelakakan dirinya sendiri. Aku pula bukanlah menjadi penjaga terhadap (amalan) kamu.”

Ayat di atas adalah perintah Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk menyeru semua manusia baik orang Islam atau bukan Islam daripada pelbagai bangsa, status sosial dan ekonomi. Rasulullah SAW diperintah oleh Allah SWT agar memberitahu dan memperingatkan sekalian manusia bahawa sesungguhnya keimanan dan keyakinan seseorang kepada Allah SWT baik yang bersifat mutlak  (absolute) dan bersifat  anjal (fleksibel) akan memberi faedah kepada diri mereka sendiri baik di dunia mahu pun di akhirat. Bagitu juga halnya Nabi Muhammad SAW diperintah oleh Allah SWT untuk memberitahu kepada semua manusia bahawa sesiapa yang sesat dan menyimpang daripada prinsip-prinsip syariat yang telah Allah SWT tetapkan maka kemungkaran dan kesesatan mereka itu akan menimpa diri mereka. Beritahukanlah juga kepada mereka bahawa Engkau tidak akan menanggung atau terkesan oleh perbuatan taat serta perbuatan sesat mereka.

Antara yang tergolong mengingkari Allah SWT hari ini adalah tindakan individu atau kumpulan dari kalangan manusia yang berpegang kepada aliran pemikiran yang hanya tertumpu kepada penjanaan akal, logik dan buah-buah fikiran bersifat eksperimental tanpa disatukan dengan teras Islam iaitu akidah, fiqah dan tasawuf. Tindakan yang berlandaskan hukum akal semata-mata ditolak oleh Islam. Sesungguhnya Islam tertakluk dengan implimentasi dan gabungan akal (akliah) dengan wahyu (naqliah). Akal dengan segala hujahannya adalah lemah dan tertolak dengan apa yang ditetapkan oleh dalil-dalil naqliah (al-Quran, Sunah, Ijmak dan Qiyas) secara mutlak jika ianya tidak menepati kehendak nas atau bercanggah dengannya.

Islam tidak pernah memisahkan antara dunia dengan akhirat atau antara sains dengan agama. Kesemuanya saling kuat menguatkan antara satu dengan yang lain. Kesemuanya berperanan dan kesemuanya penting. Umpama tujuan hidup adalah untuk akhirat namun dunia adalah penting sebagai arena ujian. Sains penting kerana ia adalah kajian yang sistematik dengan menggunakan akal logik. Tetapi logik akal yang sempurna tidak akan menolak adanya Pencipta dan alam roh. Akal yang sihat akan mengakui bahawa akal mempunyai batasan-batasan yang tertentu seperti tidak dikurniakan kebolehan untuk menanggapi perkara-perkara ghaib.

Fahaman sekular adalah aliran pemikiran yang melahirkan fahaman humanisme (yang mengutamakan nilai-nilai, kepentingan dan maruah manusia serta tidak mementingkan nilai-nilai lain), modenisme (segala yang baharu adalah dianggap lebih baik), empiricism (teori atau pengetahuan yang berdasarkan panca indera sahaja yang dianggap wujud), feminisme (gerakan atau faham yang menuntut persamaan hak wanita dengan kaum lelaki) dan relativisme (tiada nilai mutlak bagi menghukum sesuatu perbuatan) yang semuanya adalah pemikiran-pemikiran yang membawa kepada kesesatan yang nyata. Sekularisme adalah kesesatan lahir dari dunia barat dalam mengamalkan agama mereka sendiri yang menular dalam pemikiran umat Islam  hari ini dalam pelbagai aspek kehidupan. Sekularisme  merujuk kepada sifat keduniaan yang memisahkan langsung alam rohani atau akhirat. Ia juga boleh difahami sebagai suatu pemikiran yang memisahkan roh dan jasad.

Satu lagi fahaman besar yang sesat adalah fahaman Liberalisme. Liberalisme ialah aliran pemikiran yang bertujuan meningkatkan batas kebebasan yang diberikan kepada individu tanpa sekatan atau dengan sekatan paling sedikit dalam perkara-perkara berkaitan ekonomi, politik, perundangan dan sosial (kebebasan moral). Liberalisme mempunyai gagasan pemikiran bahawa individu lebih penting daripada masyarakat, masyarakat wujud untuk individu dan individu bebas daripada nilai-nilai agama. Aliran liberal juga mempunyai hubungan yang rapat dengan kelahiran negara demokrasi Eropah yang melaungkan cogankata “kebebasan, persaudaraan dan persamaan”.

Sekularisme dan liberalisme berkaitan antara satu sama lain. Sekularisme menyebabkan lahirnya Liberalisme dalam hal negara, politik, ekonomi dan nilai etika. Fakta-fakta yang ada memberi banyak bukti bahawa kebebasan cara fikir sesat ini tidak menjamin kedamaian dan kebahagian dalam masyarakat.  Kebebasan yang berlebihan kepada individu tertentu pada masa yang sama menyekat kebebasan individu lain serta menghancurkan kedamaian dan kebahagian dalam masyarakat. Fahaman liberal atau liberalisme itu sendiri kini telah menjadi alat untuk memusnahkan insan, nilai manusiawi dan nilai-nilai baik agama-agama. Kelompok liberalis berjuang bagi menghapuskan halangan-halangan tabi’i antara lelaki dengan wanita seperti rasa malu kerana pada mereka sifat malu adalah satu sifat yang negatif, tidak baik dan warisan manusia purba.

Justeru, marilah kita memahami bahawa hari ini kita sedang dibelenggu oleh cara berfikir yang bercanggah dengan Islam. Dalam apa pun juga, kita boleh melihat bahawa tindakan, suara dan pendapat mereka sering berlegar dalam isu-isu cabang yang menuju ke arah  pola pemikiran dan perjuangan yang sama. Umat Islam amat dilarang mengikut cara berfikir seperti cara berfikir mereka dan hendaklah kita menolaknya secara total.

 

Firman Allah SWT di dalam surah al-An’am 6: 153:

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agma Islam) yang lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) memisahkan kamu dari jalan Allah. Itulah perintahkan oleh Allah kepada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa”.

Sesungguhnya, penolakan terhadap pemikiran-pemikiran yang bertentangan dengan Islam ini perlu dibuat dengan kaedah tidak meredhai cara fikir, perbuatan dan program anjuran mereka. Individu Muslim tidak boleh menyokong apatah lagi mengambil bahagian dalam mendukung kumpulan ini. Dalam masa yang sama, setiap Muslim hendaklah meningkatkan ilmu pengetahuan dalam mengenal Allah SAW, pengetahuan-pengetahuan berkaitan ilmu akidah, fiqah serta tasawuf yang merupakan ilmu fardu ain kepada kita untuk mendalaminya.

Untuk memastikan Islam dan syariatnya menjadi perisai dalam gelodakan pelbagai pemikiran sesat pada hari ini, umat Islam perlu mempertingkatkan kesabaran dan keimanan kepada Allah SWT dengan sentiasa bersyukur dan bertawajuh kepada-Nya. Sesungguhnya sabar itu adalah taat dalam melaksanakan amal kebaikan, menjauhi kemungkaran dan menerima segala ketentuan Allah SWT. Umat Islam tidak boleh hanya menyalahkan, menghina dan mencerca pihak-pihak tertentu. Tetapi umat Islam perlu berhadapan dengan segala cabaran yang berlaku pada hari ini dengan kefahaman sebenar tentang agama Islam, memperbanyakkan berdoa, berusaha serta bekerja dengan bersungguh-sungguh dan bertawakal kepada-Nya.

Fungsi-Fungsi Bahagian Perancangan Strategik

  • Melaksanakan Pengurusan Strategik MAIS dengan merancang, merangka dan mengemaskini setiap pelan strategik berdasarkan keperluan MAIS. 
  • Memantau pelaksanaan Pelan Strategik MAIS.
  • Merangka kerja pengurusan risiko MAIS dan kaedahnya bagi mengenal pasti, mengukur, menilai, memantau dan mengawalnya.
  • Bertindak sebagai urus setia bagi Jawatankuasa Pengurusan Risiko MAIS dan agensi di bawahnya.
  • Bertanggungjawab memantau dan menyelaras KPI Pejabat Setiausaha MAIS dengan memastikan pengukuran, pemantauan dan penambahbaikan KPI dilaksanakan.

Fungsi-Fungsi Bahagian Kesetiusahaan

  • Sekretariat Mesyuarat MAIS
  • Menjalankan tugas-tugas penyelarasan, pengawalan dan pemantauan ke atas pelaksanaan keputusan Majlis melalui Mesyuarat Khas bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan Rektor anak syarikat. 
  • Membuat tindakan susulan bagi arahan dan tindakan yang perlu diambil selaras dengan keputusan Mesyuarat MAIS/Pengerusi MAIS/Setiausaha MAIS.
  • Bertanggungjawab memantau keputusan dan pelaksanaan minit mesyuarat bagi semua Jawatankuasa MAIS (Dasar dan Operasi)
  • Bertanggungjawab terhadap pengurusan Ahli MAIS dan Ahli Jawatankuasa MAIS (Dasar dan Operasi).