Ahad, 7 Zulhijjah 1439 / 20 Ogos 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

MAIS Daerah

Fungsi-fungsi MAIS Daerah


1.   Mengurus dan mempromosikan produk perkhidmatan MAIS seperti Wang Tidak Patuh Syariah, Wang Orang Berhutang, Wasiat, Hibah,
      Harta Luqatah dan lain-lain di peringkat daerah.

2.   Memberi penerangan dan khidmat nasihat kepada pelanggan berkaitan produk-produk MAIS.

3.   Memastikan pengurusan permohonan penebusan dan terimaan hasil pusaka milik MAIS di peringkat daerah berjalan lancar.

4.   Menguruska pendaftaran Muallaf di peringkat daerah.

5.   Kes pengurusan jenazah Muallaf/mahkamah di peringkat daerah.

6.   Memastikan pendaftaran, pengemaskinian data, terimaan dan penyediaan laporan yang lengkap berkaitan pengurusan harta Baitulmal
      dan pendaftaran Muallaf.



Carta MAIS Daerah



Objektif Unit

Menyelia dan mengawal tadbir urus organisasi agensi agama, kumpulan anak Syarikat MAIS dan MAIS Daerah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

 

Fungsi-Fungsi Bahagian Kawalan Anak Syarikat & Agensi

  • Memastikan Kumpulan Anak Syarikat MAIS & Agensi MAIS mematuhi Garis Panduan Tadbir Urus Kumpulan Syarikat & Agensi MAIS yang diluluskan.
  • Menyemak peraturan-peraturan berkaitan anak syarikat dan agensi dari masa ke semasa bagi menjaga kepentingan MAIS.
  • Memantau dan memastikan pelaksanaan Pelan Strategik dan Pengurusan Risiko Anak Syarikat dan agensi di bawah MAIS selaras dengan kehendak MAIS.
  • Melaksanakan Pengurusan Tadbir Urus Terbaik (Good Governance) di MAIS, Kumpulan Syarikat Dan Agensi MAIS secara menyeluruh dengan mengenal pasti masalah, memberikan syor dan memastikan semua mengamalkan Tadbir Urus Terbaik dalam organisasi dan pentadbiran.
  • Memastikan anak syarikat dan agensi MAIS melaksanakan arahan Pengerusi dan Setiausaha MAIS dari semasa ke semasa. 

CARTA ORGANISASI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
 
Sila klik carta di atas untuk muat turun carta.


CARTA FUNGSI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

Sila klik carta di atas untuk muat turun carta.

Piagam Pelanggan Bahagian Kewangan

1.  Memantapkan sistem operasi Bahagian Kewangan ke arah pengurusan kerja yang efektif dan efisyen selaras dengan kehendak MS ISO 9001 : 2008 dan Amalan
     Terbaik Pengurusan Kewangan MAIS 2011.

2.  Menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan MAIS dan mengemukakan kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor selewat-lewatnya pada 30 November setiap tahun.

3.  Menyediakan penyata kewangan tahunan mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum dan dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara sebelum atau pada
     30 April tahun berikutnya.

 

Fungsi-Fungsi Bahagian Kewangan

  • Menguruskan terimaan hasil, semakan hasil, pembayaran, panjar wang runcit, tabung amanah dan semua tuntutan.
  • Menguruskan penyata kewangan MAIS dan anak syarikat, sistem perakaunan dan pindah peruntukkan.
  • Menguruskan laporan serta semakkan kewangan MAIS dan anak syarikat.
  • Menguruskan dan mengawal penyediaan belanjawan MAIS.