PENGIKTIRAFAN MAIS

SIRIM QAS
MS 1900:2014 (SHARIAH)

Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor berjaya memperolehi persijilan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Shariah MS 1900:2014 pada tahun 2017 daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

approved
MS ISO 9001:2008

Majlis Agama Islam Selangor telah berjaya memperolehi persijilan MS ISO 9001:2000 pada 6 Jun 2008. Pada 8 Oktober 2009, Majlis Agama Islam Selangor telah berjaya menaiktaraf kepada versi MS ISO 9001:2008 sehingga tahun 2017. Pada tahun 2018, Majlis Agama Islam Selangor sedang dalam proses peralihan untuk menaiktaraf kepada versi baru MS ISO 9001:2015.

malaysia productivity corporation mpc
KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK)

Kumpulan WASIMAL daripada Bahagian Harta Baitulmal dan Kumpulan M’CARE daripada Bahagian Pendaftaran Muallaf telah berjaya mendapat pengiktirafan di atas keterlibatan dalam Konvensyen Team Excellence anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Kejayaan ini telah memberi semangat kepada semua warga Majlis Agama Islam Selangor untuk terus terlibat dalam aktiviti KIK.

 
Kumpulan WASIMAL

Tajuk Projek : Kelewatan Memproses Dokumentasi Wasiat

Konvensyen Mini Team Excellence Wilayah Tengah 2017

Tarikh : 28 Mac 2017
Tempat : Hotel Grand Bluwave, Shah Alam

Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah 2017

Tarikh : 24-25 Julai 2017
Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan Sempena Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition(APIC 2017)

Tarikh : 14-16 November 2017
Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting, Pahang

Kumpulan M’CARE

Tajuk Projek : Proses Pendaftaran Muallaf mengambil Masa Yang Lama

Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah 2017

Tarikh : 24-25 Julai 2017
Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan Sempena Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition(APIC 2017)

Tarikh : 14-16 November 2017
Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting, Pahang

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor