PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL
Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

Pengiktirafan MAIS

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

_

Pengiktirafan

MS 1900:2014 (SHARIAH)

Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor berjaya memperolehi persijilan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Shariah MS 1900:2014 pada tahun 2017 daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

MS ISO 9001:2008

Majlis Agama Islam Selangor telah berjaya memperolehi persijilan MS ISO 9001:2000 pada 6 Jun 2008. Pada 8 Oktober 2009, Majlis Agama Islam Selangor telah berjaya menaiktaraf kepada versi MS ISO 9001:2008 sehingga tahun 2017. Pada tahun 2018, Majlis Agama Islam Selangor sedang dalam proses peralihan untuk menaiktaraf kepada versi baru MS ISO 9001:2015.

KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK)

Kumpulan WASIMAL daripada Bahagian Harta Baitulmal dan Kumpulan M’CARE daripada Bahagian Pendaftaran Muallaf telah berjaya mendapat pengiktirafan di atas keterlibatan dalam Konvensyen Team Excellence anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Kejayaan ini telah memberi semangat kepada semua warga Majlis Agama Islam Selangor untuk terus terlibat dalam aktiviti KIK.

Kumpulan WASIMAL
Tajuk Projek : Kelewatan Memproses Dokumentasi Wasiat

Konvensyen Mini Team Excellence Wilayah Tengah 2017
Tarikh : 28 Mac 2017
Tempat : Hotel Grand Bluwave, Shah Alam

Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah 2017
Tarikh : 24-25 Julai 2017
Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan Sempena  Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition(APIC 2017)
Tarikh : 14-16 November 2017
Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting, Pahang

Kumpulan M’CARE
Tajuk Projek : Proses Pendaftaran Muallaf mengambil Masa Yang Lama

Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah 2017
Tarikh : 24-25 Julai 2017
Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan Sempena  Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition(APIC 2017)
Tarikh : 14-16 November 2017
Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting, Pahang

AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S

Majlis Agama Islam Selangor telah memperolehi persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2014. Majlis Agama Islam Selangor sedang dalam proses peralihan kepada persijililan Ekosistem Kondusif Sektor Awam oleh Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).