PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL
Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

Perkhidmatan Wasiat

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

_

Perkhidmatan Wasiat

SIAPA YANG LAYAK BUAT WASIAT?
Semua umat Islam layak membuat wasiat asalkan anda berumur lebih 18 tahun, sempurna akal, sukarela dan tidak dipaksa, tidak dihalang mengurus hartanya dan jika pewasiat sedang sakit, dia hendaklah waras fikiran, baik ingatan dan memahami wasiat dibuat.

Dari segi harta yang boleh diwasiatkan adalah harta alih seperti kenderaan, wang tunai, wang simpanan, barang kemas, saham, insurans, hutang dan lain-lain dan harta tak alih seperti rumah, tanah, bangunan dan lain-lain.

Jika anda orang yang berharta, orang yang lanjut usia, orang yang tidak berkahwin, orang yang mempunyai anak angkat, orang yang berhutang, orang yang tiada waris dan muallaf adalah sangat digalakkan membuat wasiat. Bermakna semua kita adalah digalakkan membuat wasiat.

KENAPA WASIAT ITU PENTING?
Berwasiat merupakan suatu tindakan mulia untuk menzahirkan keinginan pewasiat terhadap pembahagian harta yang dikumpul semasa hidup. Perwarisan harta yang dirancang melalui wasiat dapat diagihkan untuk tujuan kebajikan dan kepada keluarga yang tersayang selepas kematian.

Menulis wasiat adalah sangat berfaedah kerana pelantikan wasi melalui dokumen wasiat akan memudahkan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka selepas kematian. Pelantikan penjaga yang dipercayai melalui wasiat akan menjamin kebajikan anak-anak di bawah umur selepas kematian anda. Pada masa yang sama, ia juga akan mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh waris-waris yang ditinggalkan.

Dari segi undang-undang, di bawah Seksyen 5(4), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, “Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah.”

Menepati hasrat peruntukan di atas, maka MAIS telah memperluaskan fungsinya untuk menerima permohonan wasiat dan melaksanakan wasiat daripada seluruh umat Islam di negeri Selangor.  Fungsi MAIS sebagai agensi yang mengurusan wasiat orang Islam telah menjadi tulang belakang kepada perjalanan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999 yang dijadikan sebagai panduan dan amalan melaksanakan pengurusan wasiat orang Islam dalam negeri Selangor.  Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999 merupakan pelopor kepada perjalanan pengurusan wasiat orang Islam di negara ini. Ia memperuntukkan beberapa perkara berkaitan pelaksananan wasiat, penarikan balik wasiat, penerimaan dan penolakan wasiat dan beberapa peruntukan penting yang memandu perjalanan sistem wasiat orang Islam berdasarkan hukum syarak.

Bagi melancarkan perjalanan pengurusan wasiat di MAIS, maka satu kaedah yang dinamakan sebagai Kaedah-Kaedah Pengurusan Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 2008 telah digubal dan diwartakan berdasarkan peruntukan Seksyen 29, Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999.