Sabtu, 26 Zulkaedah 1438 / 19 Ogos 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Harta Luqatah

Pengertian luqatah adalah barang yang ditemukan, di suatu tempat yang bukan milik seorang. Misalnya, seorang muslim menjumpai akan suatu barang lalu ia khuatir tersia-sia barang itu, kemudian ia memungutnya.

 

Garis Panduan Serahan Harta Luqatah Kepada Pihak MAIS

Penemu hendaklah menyerahkan harta yang dijumpai ke Ibu Pejabat MAIS atau Unit Harta Baitulmal Daerah, di Pejabat Agama Islam Daerah yang terdekat.

Penemu perlu mengisi borang serahan Harta luqatah dan menyerahkan barang tersebut kepada pegawai bertanggungjawab beserta Harta Luqatah.

Satu surat akaun terima Harta Luqatah akan diberikan kepada penemu sebagai bukti penerimaan.

Pihak MAIS akan mengeluarkan notis penemuan Harta Luqatah di premis awam berhampiran Harta Luqatah ditemui.

Sebarang permohonan dan pertanyaan lanjut berkaitan wasiat, hibah dan luqatah boleh berbuat demikian seperti alamat di bawah:

Seksyen Tazkiyah Mal, Unit Amanah,
Bahagian Harta Baitulmal,
Majlis Agama Islam Selangor
Tingkat 10, Menara Utara,
Bangunan Sultan Idris Shah,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-5514 3570 / 3773
Fax : 03-5512 4042
 

Perkhidmatan Harta Luqatah yang disediakan oleh MAIS

Penerimaan Harta Luqatah (harta yang dijumpai) oleh orang awam kepada pihak MAIS.

MAIS akan membuat hebahan kepada orang yang berkaitan dengan Harta Luqatahyang dijumpai selama setahun.

Proses pelupusan Harta Luqatah yang telah tamat tempoh hebahan selama 1 tahun. Proses

tersebut adalah seperti berikut:

a. Sebut harga

b. Lelongan

c. Tender

d. Musnah