Sabtu, 26 Zulkaedah 1438 / 19 Ogos 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Pengurusan Wang Tidak Patuh Syariah


ANDA MEMILIKI WANG ATAU HARTA YANG DITERIMA MELALUI SUMBER YANG HARAM ATAU TIDAK DIKETAHUI STATUSNYA??


Salurkan wang tidak patuh syariah anda secara tunai atau cek di Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor, Tingkat 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam.

Deposit ke Akaun Bank Islam Malaysia Berhad, no. akaun 12-038-01-009567-6 atau cek atas nama “Majlis Agama Islam Selangor” atau secara atas talian melalui
e-mais di laman web www.mais.gov.my.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Seksyen Tazkiyah Mal dan Khairat, Unit Amanah, Bahagian Harta Baitulmal
MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR, TINGKAT 10, MENARA UTARA
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 03-5514 3773 atau 3772     Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


APA ITU WANG ATAU HARTA TIDAK PATUH SYARIAH?

Prof. Dr. Muhammad Nabil Ghanayim, Profesor di Kuliyyah Syariah Universiti Kaherah, telah mentakrifkan wang atau harta tidak patuh syariah sebagai harta haram yang diperolehi melalui jalan-jalan yang tidak syarie iaitu mengambil harta yang terdapat larangan ke atasnya atau terdapat balasan (had) ke atas pelakunya, atau terdapat janji buruk berkaitannya, atau yang dinamakan sebagai batil oleh Allah S.W.T.

Pandangan Imam Al-Syafie juga telah menyatakan bahawa syariah telah melarang lapan perkara pokok iaitu riba, gharar, perjudian, penipuan, rampasan, ihtikar (monopoli barangan), rasuah dan perniagaan yang tidak patuh syariah serta mendatangkan kemudaratan (seperti arak, babi, bangkai, makanan yang memudaratkan, pendapatan daripada pelacuran dan seumpamanya).

Manakala kebanyakan fuqaha’ mutakhir ini mentakrifkan harta tidak patuh syariah ialah harta yang dimiliki dan diperolehi melalui wasilah yang tidak diiktiraf oleh syarak seperti rompakan, rampasan, hasil jualan barang curi, rasuah, perjudian, loteri, transaksi riba, perlindungan insurans konvensional, keuntungan pelaburan di dalam sekuriti tidak patuh syariah dan seumpamanya.

Menurut Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia, sesebuah pelaburan atau syarikat diklasifikasikan sebagai sekuriti yang tidak patuh syariah sekiranya syarikat atau pelaburan itu menjalankan aktiviti yang tidak selaras dengan syariah seperti berikut:

i.     Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah);
ii.    Perjudian dan pertaruhan;
iii.   Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal;
iv.   Insurans konvensional;
v.    Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan syariah;
vi.   Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitan;
vii.  Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh syariah; dan
viii. Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan syariah.