Rabu, 24 Rabiulawal 1439 / 14 Disember 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Wasiat

PERKHIDMATAN WASIAT DI MAIS
Penyediaan Surat Wasiat Bertulis dan Pelantikan Wasi
Pelaksanaan Wasiat

FI WASIAT
Fi: RM 318 (Pendaftaran, Penyediaan dan Penyimpanan Wasiat)

Fi Pelaksanaan:
•    2%     = Nilai harta RM 25,000 pertama;
•    1.5%     = Nilai harta RM 50,000 berikutnya;
•    1%    = Nilai harta RM 75,000 berikutnya;
•    0.5%    = Nilai harta RM 100,000 berikutnya; dan
•    0.25%    = Nilai harta RM 200,000 ke atas.

MUAT TURUN BORANG WASIAT
Borang A

SUDAHKAH ANDA MENULIS WASIAT?
Ramai dalam kalangan anda tentu menganggap menulis wasiat adalah perkara yang tidak begitu penting dalam menguruskan perancangan harta di masa hadapan. Maka, tidak hairanlah dilaporkan ramai orang Islam tidak membuat persiapan menulis wasiat kerana beranggapan urusan harta diletakkan di bawah faraid sahaja.

Penulisan wasiat seharusnya perlu dilakukan mulai dari sekarang iaitu semasa hayat anda masih ada dan semasa tubuh anda masih sihat. Jangan mengambil sikap tunggu dan lihat orang lain buat atau tangguh untuk beberapa waktu. Ia kelak boleh merugikan anda sendiri.

Ada yang mendakwa bahawa mereka tidak mempunyai harta yang hendak diwasiatkan. Harta yang ada berupa sebuah kereta dan sebuah rumah dianggap hanya hal yang kecil dan remeh untuk difikirkan. Sebagai seorang yang bertanggungjawab dan selagi anda mempunyai hutang, anda mestilah menyediakan satu penulisan berbentuk pesanan untuk waris anda menjelaskan hutang yang bakal ditinggalkan.

Kecenderungan masyarakat kini pula yang sibuk mengumpul kekayaan buat diri dan ahli keluarga seringkali menimbulkan polemik bila mana si pemilik harta meninggal dunia tanpa membuat apa-apa persediaan ke atas harta-harta mereka. Acapkali berlaku pergeseran di kalangan ahli keluarga terutama yang membabitkan harta pusaka. Kesannya, ikatan silaturrahim yang terbina selama bertahun-tahun lamanya terlerai oleh sebab perebutan harta di kalangan mereka. Lebih buruk dari itu, hubungan ibu bapa dan anak-anak terputus begitu sahaja kerana sikap tamak haloba dan dendam kesumat di dalam diri anggota keluarga. Oleh kerana itu, persediaan mengurus harta secara bijaksana perlu dilakukan bagi mengelakkan pergeseran di kalangan ahli keluarga dan kaum kerabat.

Namun, tidak kurang juga, terdapat umat Islam yang tidak memahami konsep wasiat dan pelaksanaannya mengikut hukum syarak. Ada yang berpendapat wasiat boleh dibuat kepada sesiapa sahaja termasuk di kalangan ahli waris dengan tujuan harta tersebut tidak mengalir kepada waris yang tidak diingininya atau hanya waris tertentu sahaja berhak mewarisi harta.