Rabu, 27 Muharram 1439 / 19 Oktober 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Wang Orang Berhutang

ANDA MEMILIKI HUTANG YANG TIDAK DAPAT DIKEMBALIKAN KEPADA PEMIUTANG KERANA GAGAL DIKESAN??

Salurkan hutang anda secara tunai atau cek di Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor, Tingkat 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam.

Deposit ke Akaun Bank Islam Malaysia Berhad, no. akaun 12-038-01-000090-8 atau cek atas nama “Majlis Agama Islam Selangor” atau secara atas talian melalui e-mais di laman web www.mais.gov.my.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Seksyen Tazkiyah Mal & Khairat, Unit Amanah, Bahagian Harta Baitulmal
MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR, TINGKAT 10, MENARA UTARA
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 03-5514 3773 atau 3772    Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


PERANAN BAITULMAL KE ATAS WANG ORANG BERHUTANG

Keghairahan masyarakat berhutang dan kejahilan masyarakat sama ada yang hidup atau waris kepada si mati untuk melunaskan hutang sering mengatasi kehendak syarak terutama dalam perkara yang melibatkan hutang. Sesetengah masyarakat memandang remeh dan enteng akan perihal ini dan sebahagian lagi langsung tidak peduli akan kesan yang akan diterima di akhirat kelak oleh sebab sikap culas mereka.

Hutang pada asalnya hendaklah dibayar kepada pemiutang dalam apa jua keadaan. Namun, kadang-kala berlaku keadaan di mana hutang tidak dapat dibayar kepada pemiutang oleh kerana pemiutang atau warisnya gagal dikesan. Hal ini berlaku oleh kerana hutang yang ditanggung oleh penghutang ditangguhkan pembayarannya untuk satu tempoh jangka masa yang agak lama.
 
Lantaran itu, Baitulmal mengambil peranan ini untuk merwar-warkan kepada masyarakat khususnya umat Islam supaya sentiasa peka akan perihal hutang masing-masing. Hutang yang melingkari kehidupan perlu dilunaskan sama ada ianya berupa hutang berjadual seperti pinjaman rumah, kereta, bank dan seumpamanya atau hutang tidak berjadual seperti meminjam wang daripada rakan atau saudara-mara.

Berdasarkan undang-undang, di bawah Seksyen 5(4), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu “Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah” dan di bawah Seksyen 81 (2), enakmen yang sama yang memperuntukkan bahawa: “Baitulmal hendaklah terdiri daripada semua wang dan harta, alih atau tak alih, yang menurut Hukum Syarak atau di bawah Enakmen ini atau peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, terakru, atau disumbangkan oleh mana-mana orang, kepada Baitulmal.”

Berdasarkan kepada peruntukan di atas, Baitulmal MAIS telah menerima pandangan daripada Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Sohibus Samahah Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abd Wahid berhubung kedudukan MAIS selaku penerima pembayaran hutang umat Islam.

Beliau menjelaskan bahawa MAIS selaku pemegang amanah harta umat Islam selayaknya menerima pembayaran hutang dengan tujuan untuk menyerahkan harta yang diamanahkan apabila dituntut oleh tuannya. MAIS hendaklah sentiasa membuat hebahan / penerangan melalui media massa supaya pemiutang atau warisnya dapat menuntut hutang tersebut.  Kedudukan penghutang selepas menyerahkan hutang kepada MAIS adalah ia terlepas daripada tanggungjawab membayar hutang sama seperti pembayar zakat yang telah menyerahkan zakatnya kepada amil.

  • 1
  • 2