PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL
Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

Perutusan Pengerusi MAIS

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

_

 

 

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Selamat Datang ke laman web rasmiĀ Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnia Allah SWT, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menghasilkan laman web rasmi dengan sentuhan yang terkini dan moden mengikut kepada peredaran masa. Pelbagai maklumat yang terkini dipaparkan berkaitan hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor untuk rujukan dan perhatian masyarakat awam khususnya di Negeri Selangor.

Laman web ini juga berperanan menyediakan segala maklumat berkaitan fungsi dan kuasa yang diseliakan oleh MAIS. Antaranya perkhidmatan yang disediakan oleh MAIS seperti pengurusan harta baitulmal, sewaan, bantuan guaman syarie, pendaftaran muallaf, pengurusan Riqab dan sebagainya.

Harapan saya agar maklumat yang dipaparkan dalam laman web ini dapat membantu pelawat untuk mengetahui maklumat berkaitan perkhidmatan MAIS dan seterusnya menerima info terkini isu-isu semasa berkaitan hal ehwal agama Islam khususnya di Negeri Selangor. Semoga segala perkhidmatan yang diberikan oleh MAIS dapat membantu serta meningkatkan sosio dan ekonomi ummah di Negeri Selangor.

Sekian, terima kasih.

YAD DATO’ SETIA HAJI MOHAMMED KHUSRIN BIN HAJI MUNAWI
Pengerusi MAIS