SLOGAN “MENJUNJUNG AMANAH”

logomais

Rasional Slogan

Slogan ini menjelaskan peranan dan kewajipan MAIS merujuk kepada seksyen 7(1), Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor dalam mendefinisikan kewajipan majlis untuk menggalakkan, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di dalam Negeri Selangor selaras dengan hukum syarak.

Kemajuan ekonomi pula merangkumi zakat, wakaf, pentadbir harta pusaka, pengurusan wasiat, wang tidak patuh syariah, pembangunan hartanah, luqatah, hibah dan pungutan khairat.

Manakala kesejahteraan sosial pula merangkumi masjid, anak yatim, institusi pendidikan Islam dan 8 golongan asnaf iaitu fakir, miskin, amil, muallaf, riqab, gharim, fisabillillah dan ibnu sabil.

Secara umumnya perkataan “MENJUNJUNG AMANAH” merujuk kepada maksud mematuhi dan menghormati titah perintah DYMM tuanku serta mematuhi peraturan dalam memastikan kemajuan ekonomi serta kesejahteraan sosial Negeri Selangor dilaksanakan.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor