PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL
Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

TINDAKAN PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN JENAYAH SYARIAH DI NEGERI SELANGOR

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

_

TINDAKAN PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN JENAYAH SYARIAH DI NEGERI SELANGOR

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan meneruskan tindakan penguatkuasaan atas apa-apa aduan
terhadap semua kesalahan jenayah syariah termasuk kesalahan khalwat melalui Bahagian
Pengurusan Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor.

MAIS menegaskan bahawa pelaksanaan undang-undang syariah adalah di bawah bidang kuasa
negeri dan telah diperuntukkan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang
Negeri. MAIS sentiasa memantau dan memastikan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan adalah
bertepatan dengan Standard Operating Procedure yang diluluskan dan undang-undang yang berkuat
kuasa.

Justeru, MAIS menasihati semua umat Islam di Negeri Selangor untuk tidak melakukan apa-apa
kesalahan jenayah Syariah yang termaktub di dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
Semua pihak juga digesa untuk memberikan maklumat berkaitan apa-apa perbuatan jenayah syariah
yang berlaku untuk tindakan penguatkuasaan ke hotline JAIS di talian 1-800-88-2424.

Y.A.D. DATO’ SETIA HAJI MOHAMMED KHUSRIN BIN HAJI MUNAWI

S.S.I.S., A.S.A., P.P.T.

PENGERUSI MAIS