[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM  9 November  –  Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1441H peringkat negeri Selangor disambut meriah dengan kehadiran rakyat Selangor yang memenuhi Stadium Melawati Shah Alam seawal jam 8 pagi.

Sambutan pada tahun ini mengangkat tema ‘Negara Rahmah Ummah Sejahtera’.

Majlis ini disempurnakan oleh  Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Hadir sama adalah Dato’ Menteri Besar Selangor, Pengerusi MAIS, Dato’ Mufti Selangor dan Setiausaha MAIS .

Sambutan ini dimeriahkan dengan perarakan daripada Stadium Mini ke Stadium Malawati sambil berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Antara jabatan dan badan yang mengambil bahagian adalah daripada jabatan kerajaan, badan berkanun, institut pengajian tinggi (swasta,IPTA), masjid, NGO dan sekolah menengah.

Sebanyak 76 kontinjen yang terlibat termasuk kontinjen MAIS seramai 45 orang.  Disamping itu juga, kontinjen terbaik diberi penghargaan mengikut dua kategori iaitu kategori perarakan dan kategori sepanduk.

[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2365″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2367″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2366″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2368″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor