[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 19 November  –  Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menganjurkan Majlis Hi-Tea Bersama Pusat-Pusat Pengurusan Pengislaman MAIS bagi tahun 2019.

Majlis ini telah dihadiri oleh Pusat-Pusat Pengurusan Pengislaman meliputi Pejabat Agama Islam Daerah-Daerah, Badan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i), Masjid-Masjid dan Universiti Awam yang melaksanakan proses pengislaman di negeri Selangor.

Majlis ini diadakan ini bertujuan untuk mewujudkan jaringan komunikasi yang baik di antara pusat-pusat pengislaman dengan MAIS di samping merapatkan hubungan ukhwah silaturrahim serta sebagai galakan dan motivasi dalam melaksanakan proses pengurusan pengislaman dengan baik dan sempurna.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS dan   Dr. Haji Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Mualaf Negeri Selangor.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2428″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2430″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2429″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2431″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor