PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

PROGRAM KAUNSELING BERSAMA ANGGOTA POLIS DI PUSAT PEMURNIAAN AKIDAH BAITUL IMAN


HULU YAM  21 November  –  Seramai 9 orang peserta termasuk pegawai pengiring di kalangan anggota polis seluruh Malaysia telah mengikuti Sesi Latih Amal Bimbingan Dan Kauseling Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diadakan di Pusat Pemurniaan Akidah, Baitul Iman.

Pusat Pemurniaan Akidah Baitul Iman MAIS merupakan destinasi tempat latihan amali selama satu hari bagi peserta kursus yang diadakan. Rombongan PDRM diketuai oleh Dr. Mazita binti Ahmad, Pegawai Psikologi, Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard, Maktab Polis Kuala Kubu Bharu disambut baik oleh Ustaz Izhar bin Ismail, Penguasa Baitul Iman bersama pegawai Baitul Iman yang lain.

 

Diharapkan program dan kunjungan ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak selain dapat mengukuhkan hubungan silaturahim antara Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Berita MAIS

Comments are disabled.