[vc_row][vc_column][vc_column_text]

SHAH ALAM 23 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS), Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UitM) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah menganjurkan program International Conference Mualaf (ICOM) 2019.

Seramai 240 orang peserta telah hadir ke persidangan ini yang membicarakan pelbagai isu berkaitan mualaf di Malaysia khususnya tentang Agama, Kepimpinan, Hak Kemanusiaan, Ekonomi Keusahawanan, Pendidikan, Politik, Hubungan Etnik, Undang-undang, Kebajikan dan Pengurusan.

Antara objektif ICoM ini ialah, membangunkan potensi golongan muallaf dalam semua bidang, memberi motivasi kepada golongan muallaf dalam bidang pendidikan dan ekonomi.

Juga bertujuan menjelaskan isu-isu semasa berkaitan muallaf seterusnya dapat mencetus idea-idea bernas ke arah memperkasa pengurusan dan pembangunan golongan muallaf yang profesional dan dinamik dan berkongsi hasil penyelidikan.

Turut hadir Dr. Haji Mohd Farid Ravi Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf Negeri Selangor dan Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS dan tuan Haji Saipolyazan bin Mat Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif LZS.

 [/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2448″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2457″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2454″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2456″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor