[vc_row][vc_column][vc_column_text]KLANG 11 Disember  –  Pegawai MAIS, Encik Mohd Yasser bin Abdul Ghani, Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah) telah menerima pengurniaan Darjah Kebesaran Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) sempena Majlis Ulangtahun Keputeraan DYMM Sultan Selangor yang ke-74 di Istana Alam Shah.

Encik Mohd Yaser bertugas di Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) Selangor Timur Tengah MAIS (meliputi Mesir, Jordan dan Morocco) di Mesir.

Kurniaan Darjah Kebesaran Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) merupakan kurniaan Darjah Kebesaran Kelas Keempat yang telah berkhidmat dan berjasa kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Kerajaan Baginda.

Warga kerja MAIS merakamkan ucapan tahniah kepada Encik Mohd Yasser bin Abdul Ghani atas pengurniaan Darjah Kebesaran Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S).[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2476″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][vc_column][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor