[vc_row][vc_column][vc_column_text]

SHAH ALAM 14 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini dalam sejarah kerana buat pertama kalinya menyahut seruan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mengambil inisiatif untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR). Majlis tersebut yang membabitkan semua pegawai MAIS, Ketua-ketua Jabatan, Agensi dan Anak Syarikat MAIS.

Turut hadir sama, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS), Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Selangor (JPSS), Jabatan Mufti Selangor serta Anak Syarikat MAIS iaitu Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS), Bakti Suci Holdings Sdn Bhd (BSHSB) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Ikrar Bebas Rasuah (IBR) ini telah diadakan di Dewan Muktamar, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) bersempena Majlis Perutusan Pengerusi MAIS Tahun 2020.

Seramai 300 pegawai di kalangan pegawai MAIS, Ketua Jabatan Agensi Agama dan Anak Syarikat MAIS telah melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di hadapan YAD Dato Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS disaksikan oleh YBhg. Dato’ Haji Alias bin Salim, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Selangor.

Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) ini telah dipimpin oleh YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS diikuti Ketua- Ketua Agensi Agama dan Anak Syarikat MAIS sebelum sesi menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Sementara itu, dalam Majlis Perutusan Pengerusi MAIS Tahun 2020 yang disampaikan oleh Pengerusi MAIS ialah lebih mengutamakan penghasilan program kerjasama di antara jabatan-jabatan, agensi dan anak syarikat MAIS serta pelaksanaan Pelan Strategik MAIS bagi tahun 2020-2024.

[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2524″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2525″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2526″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2527″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor