[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 17 Jan – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima lawatan kerja daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBMalNS) bertujuan untuk bertukar-tukar pengalaman berkenaan prosedur pengurusan wasiat, hibah, harta pusaka dan terimaan-terimaan lain Baitulmal.

Delegasi PBMaINS yang diketuai oleh Ustazah Syafiah binti Abd Jalil, Ketua Unit Sumber Am dengan diiringi oleh Ustaz Anwar bin Muntakim, Pengurus Bahagian Korporat serta pegawai-pegawai dari Unit Sumber Am, PBMaINS. ⁣

Perkongsian telah dikendalikan Pengarah Baitulmal, MAIS, Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid.

Semoga jalinan kerjasama yang lebih erat dapat dilaksanakan di antara MAIS dan PBMalNS pada masa hadapan dalam memperkasa urusan kehartaan umat Islam.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2558″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2559″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor