[vc_row][vc_column][vc_column_text]PETALING JAYA 18 Jan  – Bagi memberi pendedahan kepada kariah masjid berkaitan ilmu faraid, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14 telah mengadakan Bengkel Pengenalan Asas Ilmu Faraid.

Seramai 50 orang peserta dikalangan ahli kariah masjid telah hadir ke bengkel ini yang dikendalikan oleh Ustaz Mohammad Salleh bin Abdul Saha, Ketua Unit Pemasaran, Bahagian Harta Baitulmal MAIS.

Selain dari bengkel tersebut, pihak MAIS juga telah membuka kaunter khidmat runding cara pengurusan wasiat, hibah dan harta pusaka yang dikawalselia oleh Ustaz Mohd Ezzam bin Zaharin, Ust Amirul Rasyid bin Shamsudin dan Ust Mohd Khairi bin Ahmad Fauzi dari Bahagian Harta Baitulmal, MAIS.

Semoga para peserta mendapat manfaat dan membuat perancangan serta pembahagian harta mereka dengan betul selari dengan hukum syarak.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2584″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor