[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 22 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah melaksanakan e-Wasiat MAIS yang bertujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat Islam di Negeri Selangor untuk menulis wasiat dengan lebih mudah, pantas dan efektif melalui digital dalam talian.

Selepas pelancarannya pada April 2018, perkhidmatan e-Wasiat berjalan dengan baik dan ia menerima sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Islam di Negeri Selangor. Sehingga kini, MAIS telah menerima lebih 2000 orang yang menggunakan perkhidmatan e-Wasiat ini. Melalui perkhidmatan eWasiat ini, MAIS amat berharap, umat Islam khususnya di Selangor akan menggunakan kemudahan ini bagi pengurusan wasiat mereka.

Keperluan ini selaras bidang kuasa di bawah Subseksyen 5 (4), Enekmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor), 2003.

Melalui e-Wasiat ini, MAIS akan melaksanakan pengurusan dan pembahagian wasiat dan harta pusaka dengan telus, adil dan profesional mengikut hukum syarak kepada benefisiari dan ahli waris.

Umat Islam amat digalakkan membuat pendaftaran awal menerusi e-Wasiat ini agar dapat menangani masalah pembahagian harta pusaka apabila seseorang individu meninggal dunia. Di samping itu, melalui perkhidmatan penulisan wasiat sekiranya dibuat lebih awal dapat mengelakkan sebarang isu pergaduhan atau perebutan harta pusaka antara waris.

Dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan kepentingan penulisan wasiat ini, MAIS mempertingkatkan dakwah melalui pelbagai program khususnya di masjid-masjid, surau-surau dan jabatan-jabatan kerajaan dan agensi swasta. Dalam masa yang sama, MAIS juga menyediakan platform media sosial iaitu Facebook Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi memudahkan masyarakat berinteraksi dan mengetahui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Masyarakat yang ingin mendapatkan perkhidmatan e-Wasiat ini boleh layari laman web di www.mais.gov.my atau www.wasiat.com.my. Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai di Bahagian Harta Baitulmal, MAIS di talian 03-5514 3773/3772 atau email terus ke pro@mais.gov.my.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2591″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor