[vc_row][vc_column][vc_column_text]AMPANG 20 Jan 2020 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan lawatan kerja ke Mental Health Foundation yang dipengerusikan oleh Y.Bhg Tan Sri Dato Haji Hashim bin Meon. Lawatan kerja tersebut merupakan cadangan dan cetusan idea dari Pengerusi Jawatankuasa Riqab Tan Sri Abdul Aziz bin Yusof pada Mesyuarat Jawatankuasa Riqab bil 4/2019.

Delegasi lawatan diketuai oleh YBhg. Dato’ Ali bin Mohammed, pengerusi Ahli Lembaga Pelawat MAIS serta diiringi oleh Pengarah Pembangunan Sosial, Ustaz Suhaimi bin Ismail. Antara tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan khidmat nasihat bagi membantu Rumah Pemulihan Riqab yang menguruskan pesakit mental dan untuk mendapatkan pencerahan terhadap ilmu dalam rawatan pesakit mental menggunakan konsep kebolehan berdikari kepada pesakit mental.

Semoga lawatan kerja ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak terutamanya dalam menyantuni asnaf riqab kategori pesakit mental.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2595″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2596″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor