[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 21 Januari – Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah diadakan untuk kali pertamanya bagi tahun 2020 pada 21 Januari.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YAD Dato Setia Mohammed Khusrin Hj. Munawi, Pengerusi MAIS yang turut dihadiri oleh anggota MAIS seramai 20 orang.

Menurut Setiausaha MAIS, Dr. Hj Ahmad Shahir Makhtar mesyuarat akan diadakan secara berkala sebanyak enam kali setahun.

Melalui mesyuarat ini, akan memastikan hal ehwal Islam di Selangor akan sentiasa diutamakan. Selain itu, turut dibincangkan berkaitan Pelan Strategik MAIS 2020-2024.

Melalui usaha ini, MAIS akan terus mengorak langkah dalam meningkatkan syiar Islam di negeri Selangor dengan gerak kerja yang lebih tersusun dan efisyen.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2613″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2607″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2606″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2608″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor