[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 28 Januari – Seramai 47 orang Peguam Syarie Negeri Selangor telah menerima sijil masing-masing dalam Majlis Penyampaian Sijil Peguam Syarie Negeri Selangor yang diadakan di Dewan Muktamar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

Majlis disempurnakan oleh Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin Haji Munawi, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Dalam ucapannya, Dato’ Mohammed Khusrin berharap agar semua Peguam Syarie yang telah diterima masuk dapat memberikan komitmen yang tinggi dalam membantu kelancaran semua prosiding kes di Mahkamah Syariah terutamanya di Negeri Selangor di samping berperanan sebagai Sahabat Mahkamah.

Sementara itu, YAA Dato’ Mohammad Adib Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor berharap agar semua peguam syarie dapat menjaga etika dan disiplin serta mematuhi peraturan Mahkamah.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dato’ Dr. Mohd Naím Mokhtar Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Tuan Musa Awang Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Hakim-hakim Rayuan Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, ahli-ahli Majlis Agama Islam Selangor, hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor serta ketua-ketua jabatan.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2649″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2639″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2647″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor