[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 31 Jan – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah terima laporan Misi Dakwah Ke Jepun daripada Masjid Negeri Selangor Guide (MNSG) pada 31 Januari 2020 di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam.

Laporan misi dakwah tersebut telah diterima oleh YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS. Turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut ialah Ustaz Mohd Romzi bin Mohd Sani, Pengurus Pendaftar Muallaf dan PIBK MAIS.

Misi dakwah tersebut yang terdiri daripada tiga (3) orang daripada MNSG bermula 11 Disember hingga 16 Disember 2019 telah menghasilkan beberapa objektif. Antaranya melawat institusi, Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGOi) dan masjid-masjid di Tokyo, Chiba, Nagoya, Osaka, Kobe dan Kyoto. Selain itu, misi ini juga turut dikongsikan bersama ahli-ahli Islam, imam-imam masjid dan muslimin berhubung pengalaman penyebaran Islam di Malaysia khususnya di Negeri Selangor.

Melalui usaha misi dakwah ini diharapkan agar MNSG dapat meneruskan usaha dakwah serta menyantuni muallaf di Negeri Selangor dan menambah baik proses dakwah selaras dengan peredaran semasa.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2679″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2684″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor