[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 7 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menggalakkan orang ramai mewakafkan buku bagi manfaat ilmu khususnya di negeri Selangor selain menjadikan buku sebagai salah satu bentuk amal jariah.

Program wakaf buku ini merupakan salah satu inisiatif MAIS selain dilakukan di dalam bentuk wang, tanah dan bangunan. Sehingga kini, MAIS telah menerima lebih 12,000 buku wakaf termasuk buku kajian ilmiah pelajar pengajian awam selepas dilancarkan melalui Kempen Wakaf Buku MAIS pada bulan April 2013.

Orang ramai bolehlah mewakafkan buku kepada Perpustakaan Wakaf MAIS dengan cara memasukkan buku sumbangan ke dalam kotak yang disediakan di Perpustakaan Wakaf MAIS yang terletak di Wisma MAIS, No. 2-1-04, Jalan RU 3/9A, Seksyen 3, Shah Alam.

Buku-buku yang telah diwakafkan akan diedarkan kepada organisasi yang terpilih seperti sekolah-sekolah, hospital kerajaan, rumah anak yatim dan Perpustakaan Awam Selangor selain meletakkan buku wakaf tersebut di ruangan Perpustakaan Wakaf MAIS bagi tujuan bahan rujukan dan ilmiah.

MAIS juga turut melancarkan Little Free Library (LFL) baru-baru ini yang bertujuan mempromosikan budaya suka membaca dengan menempatkan bahan bacaan di rak buku Little Free Library (LFL) untuk pelanggan-pelanggan yang berurusan di ibu pejabat MAIS, Bangunan Sultan Idris Shah.

Perpustakaan Wakaf MAIS telah memulakan operasinya pada tahun 2008 di Wisma MAIS, Sekyen 3, Shah Alam, Ia adalah salah satu tempat strategik bagi pembentukan masyarakat berilmu dan membudayakan amalan membaca dalam kehidupan. Perpustakaan Wakaf MAIS, beroperasi setiap hari kecuali pada hari Ahad dan Cuti Umum bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 5.30 petang.

Sejak diwujudkan, Perpustakaan Wakaf MAIS telah banyak berbakti kepada masyarakat dengan pelbagai program dijalankan seperti program bersama pelajar pengajian awam, sekolah-sekolah, tadika-tadika, selain sebagai salah satu tempat tempat rujukan oleh orang awam dan penyelidik.

Sebarang pertanyaan dan informasi berkaitan Perpustakaan Wakaf MAIS, bolehlah menghubungi pegawai di Pusat Pengetahuan MAIS di talian 03-55108631 atau melayari laman web http://libmais.gov.my atau www.perpustakaanwakaf.blogspot.com. MAIS juga menyediakan platform media sosial iaitu Facebook Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi memudahkan masyarakat berinteraksi dan mengetahui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2735″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2738″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2741″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor