[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 13 Februari – Telah berlangsungnya program kuliah maghrib khas oleh pihak kami di Masjid al-Nahdhah, Seksyen 18, Shah Alam pada 13 Feb 2020.

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Hanzalah bin Zolkefli, Eksekutif Pemasaran, Bahagian Harta Baitulmal, MAIS. ⁣

Siri kuliah maghrib khas ini adalah program mingguan yang dilaksanakan khusus untuk memberikan kesedaran kepada umat Islam khususnya di negeri Selangor untuk membuat perancangan dan pembahagian harta pusaka dengan betul dan selari undang-undang negara dan hukum syarak. ⁣

MAIS sebagai badan berautoriti ke atas hal ehwal orang Islam adalah berbidang kuasa di bawah Subseksyen 5(4), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu, “Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah.”[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2759″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2762″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2760″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2763″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor