PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS TERUSKAN PROGRAM DAKWAH KESEDARAN MERANCANG DAN MEMBAHAGI HARTA PUSAKA


ULU KLANG 9 Februari – MAIS selaku badan berautoriti hal ehwal agama Islam di negeri Selangor terus melaksanakan fungsinya memberikan kesedaran perancangan dan pembahagian harta pusaka kepada masyarakat.

Dalam kuliah maghrib khas yang berlangsung semalam di Masjid Ukay Perdana, Ulu Klang, seramai kira-kira 80 orang jemaah telah menghadirkan diri untuk mendengar ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Ezzam bin Zaharin, Pembantu Eksekutif, Unit Pemasaran, Bahagian Harta Baitulmal, MAIS. ⁣

Salah seorang jemaah yang ditemui berpendapat, MAIS perlu memperluaskan peranan mengajak masyarakat untuk mengurus harta dengan betul selari dengan hukum syarak. Selain daripada melaksanakan tanggungjawab menunaikan zakat, umat Islam harus mempunyai kesedaran yang tinggi dan membuat perancangan harta supaya tidak menyusahkan waris-waris pada masa akan datang. Ilmu-ilmu berkaitan faraid, wasiat, hibah dan harta sepencarian perlu difahami dengan sedalam-dalamnya. ⁣

Program ini turut disertai oleh pegawai Baitulmal di ibu pejabat dan Baitulmal Daerah Gombak.

Berita MAIS

Comments are disabled.