[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 15 Februari – Seramai 200 pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) buat pertama kalinya dalam Majlis Perhimpunan Warga Kerja Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang diadakan di Dewan Auditorium SIRIM hari ini, 15 Feb.

Setiausaha MAIS, Dr. Hj. Ahmad Shahir Makhtar berkata, usaha ini membuktikan MAIS komited menyahut seruan kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan kakitangan MAIS sentiasa menjaga integriti, sifat jujur, amanah dan bebas daripada gejala rasuah.

Lafaz ikrar bebas rasuah ini dipimpin oleh En Zaharuddin Salim, Ketua Audit MAIS diikuti pengurusan tertinggi dan pegawai MAIS selepas sesi menandatangani Ikrar Bebas Rasuah.

Dr. Ahmad Shahir juga turut mengingatkan semua pegawai MAIS mengutamakan penghasilan program kerjasama di antara agensi agama Islam dan Anak Syarikat MAIS serta komited dalam pelaksanaan Pelan Strategik MAIS Tahun 2020-2024.

Sementara itu, dalam majlis yang sama turut diadakan Taklimat Pelan Strategik MAIS yang disampaikan oleh Puan Norraini Noordin, Pengarah Penyelidikan & Perancangan Strategik dan Taklimat Sistem Kehadiran Biometrik Timekeeper yang dikendalikan oleh Puan Nor Shafinas Buang, Pengurus Sumber Manusia.

Turut diumumkan warga kerja yang dinaikan pangkat dan penyampaian tajaan MAIS bagi wargakerja yang terpilih untuk menyempurnakan ibadah haji.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2767″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2770″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2769″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2771″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor