[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 18 Februari – Bagi mengeratkan jalinan ukhwah antara Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan agensi agama Islam Selangor bersama anak syarikat MAIS, satu majlis bersama Pengerusi MAIS telah diadakan disini malam tadi.

Dato’ Setia Mohammed Khusrin Munawi, Pengerusi MAIS dalam ucapannya berkata, majlis ini diadakan bertujuan untuk merapatkan ukhwah antara MAIS dan agensi agama Islam Selangor yang terdiri dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti Selangor (JMS), Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKES), Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) serta anak syarikat MAIS antaranya adalah Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

“Saya berharap agensi Islam Selangor dan anak syarikat MAIS sentiasa menitik beratkan dalam memenuhi Pelan Strategik MAIS yang dirangka bagi tahun 2020 – 2024. Iaitu inisiatif MAIS yang baharu dalam menggerakkan kerjasama berpasukan di antara jabatan-jabatan hal ehwal Islam Negeri Selangor, agensi dan anak syarikat MAIS bagi satu tujuan iaitu meningkatkan syiar Islam.”

Beliau juga menekankan kepentingan menjaga hubungan nilai-nilai murni seperti muhasabah, amanah, istiqamah dan syura sebagai panduan dalam setiap tugasan dan tanggungjawab yang dilaksanakan,” katanya.

Menurutnya lagi, pelbagai program telah disusun pada tahun ini melibatkan MAIS dan agensi Islam serta anak syarikat MAIS bagi tujuan jalinan ukhwah ini.

Di majlis yang sama turut disampaikan penghargaan kepada Mantan anggota MAIS dan agensi agama Islam Selangor bersama anak syarikat MAIS dari pelbagai kategori yang disampaikan oleh Pengerusi MAIS.

Turut sama di majlis ini, Setiausaha MAIS, Dr. Ahmad Shahir Makhtar. Hampir 90 orang hadir di Majlis Jalinan Ukhwah ini dari kalangan Pengurusan Tertinggi MAIS, agensi agama Islam Selangor bersama anak syarikat MAIS.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2803″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2805″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2804″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2806″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor