[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 19 Februari – Perpustakaan Wakaf MAIS telah menerima jemputan bagi program Kempen Galakan Membaca anjuran Sekolah Safinatun Najah, Seksyen 7 hari ini.

Menurut Puan Nor Azureen Ramli, Pengurus Pusat Pengetahuan MAIS, jemputan program ini adalah bagi menjayakan slot bercerita dan kuiz kepada pelajar-pelajar sekolah berkenaan.

“Seramai 120 orang murid dari tahun 1 sehingga tahun 3 terlibat dalam program ini yang dikendalikan oleh Perpustakaan Wakaf MAIS,” katanya.

Tambahnya lagi, program ini juga turut diadakan taklimat ringkas berkaitan Majlis Agama Islam Selangor dan Perpustakaan Wakaf MAIS kepada guru-guru dan pelajar sekolah berkenaan.

Menurut salah seorang pelajar tahun 3, program ini sangat bagus dan memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk sama-sama membina pengetahuan terutama slot kuiz yang dikendalikan.

Pada majlis yang sama, turut diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz yang disampaikan oleh Pengurus Pusat Pengetahuan.

Turut hadir , Puan Satriatiwangi Abdul Rahim, Penolong Pengurus Pusat Pengetahuan MAIS, Encik Mohd Zharif Maarop, Eksekutif Pusat Pengetahuan dan Puan Shahirah Abd Moin, Pembantu Eksekutif Pusat Pengetahuan.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2823″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2825″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2824″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2826″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor