PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL
Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS BANTU TANGANI MASALAH KECICIRAN PENDIDIKAN MURID ORANG ASLI


KLANG 20 Februari – Bagi menangani masalah keciciran pendidikan murid orang asli terutama yang beragama Islam, satu Bengkel Pelan Strategik Pembangunan Pendidikan Murid Orang Asli telah diadakan di sini hari ini.

Encik Mohd Romzi Abdullah Sani, Pengurus Pembangunan Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS memberitahu bengkel ini dilaksanakan bagi membantu meningkatkan taraf pendidikan di kalangan murid orang asli khususnya yang beragama Islam.

Tambah beliau, bengkel yang berlangsung selama 3 hari bermula 18 – 20 Februari 2020 anjuran bersama MAIS dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) merupakan pertama kali ini diadakan melibatkan pelbagai agensi.

Menurut beliau lagi, bengkel ini diadakan hasil usahasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK).

“Fokus utama bengkel ini adalah untuk mewujudkan 1 Pelan Strategik bagi tempoh 2020-2022 dalam menangani masalah keciciran pendidikan di kalangan murid orang asli.

“Alhamdulillah, seramai 58 orang peserta yang terdiri daripada pegawai agensi seperti MAIS, JPNS, JAIS, PMOA dan LZS, guru-guru serta aktivis PIBK terlibat dalam bengkel ini.

“Saya melihat sebahagian murid orang asli yang beragama Islam patut dan perlu dibantu agar tidak ketinggalan lebih jauh dalam bidang pendidikan,” katanya.

Menurutnya lagi, sebanyak 74 buah kampung orang asli di seluruh negeri Selangor yang dikenalpasti untuk dibantu bagi tujuan ini.

Tambah Mohd Romzi lagi, pelan strategik yang dirangka ini menekankan 5 sasaran KPI yang utama iaitu Akademik, Sahsiah, Kepimpinan, Kokurikulum, dan Saranan Ibu Bapa.

Ujar beliau lagi, terdapat 11 sekolah kebangsaan orang asli dan 2 sekolah KAFA orang asli di seluruh Negeri Selangor.

“Saya berharap pelan yang dirangka ini hasil usahasama semua pihak dapat meningkatkan taraf pendidikan masyarakat orang asli di seluruh negeri Selangor.

“Menerusi peningkatan taraf pendidikan yang baik akan memberi impak dalam membantu masyarakat orang asli meningkatkan taraf kehidupan merangkumi sosio ekonomi dan sosial mereka,” katanya mengakhiri perbualan.

Berita MAIS

Comments are disabled.