[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 4 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) komited dalam mendukung usaha Maahad Tahfiz di Negeri Selangor bagi melahirkan lebih ramai golongan huffaz Al-Quran yang profesional dalam pelbagai bidang.

Setiausaha MAIS, Dr. Ahmad Shahir Makhtar berkata, dalam memastikan matlamat itu dicapai, ia sudah semestinya memerlukan pemantapan kokurikulum serta pentaksiran yang amat teliti.

“Dengan adanya usaha yang berterusan dari Kerajaan Negeri, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK), ia akan mampu menyemarakkan lagi perkembangan tahfiz Al-Quran di Negeri Selangor.

“Semua usaha murni ini perlu dilaksanakan bagi memastikan Negeri Selangor bukan sahaja maju dalam pembangunan, tetapi juga seimbang dalam pembangunan akhlak melalui penghayatan Al-Quran dikalangan pelajar tahfiz,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan penutupan Kejohanan Sukan dan Amal Islami Institusi Tahfiz Peringkat Kebangsaan kali ke-2 baru-baru ini anjuran Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS).

Dalam perkembangan yang sama, seramai 2500 orang pelajar tahfiz di 9 daerah negeri Selangor dan 7 negeri di semenanjung malaysia terlibat dalam kejohanan ini.

“Mereka yang berjaya akan mengikuti kejohanan SUKMAS dan KAMIL peringkat negeri Selangor anjuran JAIS,” katanya.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2903″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2905″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2904″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2906″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor