PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

PROGRAM CERAMAH PENGURUSAN HARTA PUSAKA CETUS KESEDARAN MASYARAKAT


KLANG 5 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan terus mempergiatkan pelbagai usaha dengan mengadakan beberapa siri aktiviti ceramah pengurusan harta pusaka bagi memupuk kesedaran kepada masyarakat agar membuat perancangan dan pembahagian harta sebelum meninggal dunia.

Ketua Unit Pemasaran di Bahagian Harta Baitulmal, Mohammad Salleh Abdul Saha memberitahu, masih ramai umat Islam di negara ini kurang mengambil berat soal perancangan dan pembahagian harta kerana beranggapan ia perkara yang mudah diselesaikan oleh waris-waris nanti.

Tegas beliau lagi, persediaan awal perlu dilakukan oleh setiap masyarakat adalah semasa hidup, bukan menangguhkannya hingga sampai meninggal dunia.

“Melalui perancangan dan pembahagian harta dengan betul, apabila seseorang itu meninggal dunia, secara tidak langsung mampu mengelakkan sebarang isu pergaduhan atau perebutan harta pusaka antara waris sebagaimana yang kerap berlaku dalam masyarakat kita kini.

“Namun sekiranya kita gagal merancang harta pusaka kita semasa hidup, ketahuilah sengsara yang anda tinggalkan untuk ahli waris anda,” katanya.

Jelas Mohammad Salleh ketika ditemui semasa mengendalikan program ceramah Perancangan Harta Islam (Wasiat, Hibah & Pusaka) di Syarikat Bekalan Air (SYABAS) anjuran Bahagian Harta Baitulmal MAIS.

Menurut beliau lagi, MAIS selaku badan berautoriti hal ehwal agama Islam di negeri Selangor akan terus melaksanakan siri kuliah atau ceramah supaya masyarakat mendapat pencerahan yang sewajarnya berkaitan pengurusan harta pusaka.

Berita MAIS

Comments are disabled.