PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

50 PELAJAR UIAM TIMBA PENGALAMAN DI MAIS


SHAH ALAM 6 Mac – Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima lawatan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini, 6 Mac.

Antara tujuan lawatan bagi 50 orang pelajar Perakaunan, Kuliyyah Ekonomi, UIAM ini adalah berkongsi dan menimba pengalaman berkaitan pengurusan Baitulmal MAIS yang sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan kepada pelajar ini berkaitan sistem kutipan dan pengagihan dana Baitulmal MAIS.

Pengarah Sektor, Baitulmal MAIS, Ust. Indera Shahril bin Mohd Shahid telah memberikan perkongsian berkaitan pengurusan harta Baitulmal ini kepada delegasi lawatan kali ini.

Lawatan dari UIAM ini diketuai oleh Asst Prof Dr. Ros Aniza binti Mohd Shariff, Pensyarah UIAM.

Berita MAIS

Comments are disabled.