[vc_row][vc_column][vc_column_text]BANGI 8 Mac – Dalam usaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperkasa pengurusan perkhidmatan terutama dari aspek pengurusan hartanah dan kewangan , satu bengkel khas telah diadakan baru-baru ini.

Bengkel yang dinamakan Pemerkasaan Pelan Pembangunan dan Pelaburan (Hartanah dan Kewangan ) MAIS 2020-2024 antara lain membincangkan berkaitan perancangan 5 tahun pemerkasaan pengurusan hartanah dan kewangan bagi tujuan peningkatan hasil MAIS secara berperingkat selaras dengan Pelan Strategik MAIS 2020-2024.

Bengkel yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu turut membincangkan aspek portfolio pelaburan bagi tujuan meminimumkan risiko pelaburan selain mempertingkatkan pulangan atas pelaburan di MAIS.

Setiausaha MAIS, Dr. Ahmad Shahir Makhtar telah merasmikan bengkel yang dihadiri seramai 19 orang peserta terdiri dari Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan MAIS, Pengarah dan Pengurus MAIS yang terlibat anjuran Bahagian Pelaburan dan Pengurusan Dana MAIS.

Semoga usaha ini dapat memperkasakan pengurusan perkhidmatan MAIS demi manfaat masyarakat Islam di negeri Selangor amnya.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2968″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2969″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2970″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor