[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 20 Mac – Berikutan penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terpanggil untuk bersama-sama anda semua membantu mereka yang memerlukan.

MAIS dengan ini melancarkan Tabung Prihatin Covid-19 MAIS bertujuan seperti berikut:

✅ Untuk sumbangan bantuan bekalan makanan kepada kakitangan perubatan;

✅ Untuk sumbangan bantuan bekalan makanan kepada pelajar-pelajar IPT sekitar Lembah Kelang; dan

✅ Untuk sumbangan keperluan am yang berkaitan.

Sumbangan boleh dibuat secara atas talian di http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php

Sumbangan anda akan mendapat pengecualian cukai pendapatan di bawah Seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967 no. rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6 5621 dan no. Warta Kerajaan 14369 bertarikh 27.07.2004.

Semoga dengan sumbangan dan keprihatinan anda akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT.

Sebarang pertanyaan, boleh email ke pro@mais.gov.my atau hubungi kami di talian 019-2647637 atau 019-3830032.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor