[vc_row][vc_column][vc_column_text]AMPANG 27 Mac – Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya..Darul Islah Rohingya Academy, Ampang adalah destinasi berikutnya bagi bantuan makanan kering hari ini bersamaan 27 Mac 2020.

Bantuan ini diuruskan melalui anak syarikat MAIS iaitu Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd (TERAS).

Sumbangan makanan ini bertujuan meringankan bebanan semua pihak yang memerlukan kesan daripada penularan Covid-19.

Bantuan berupa 100 set makanan kering yang bernilai rm50 setiap set dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,000.00. Setiap set makanan yang diterima mengandungi beras, bihun, kicap, tepung, minyak dan susu.

Pihak pengurusan Darul Islah Academy Rohingya mengucapkan terima kasih kepada MAIS dan TERAS dalam menzahirkan keprihatinan kepada pihak yang memerlukan kesan wabak Covid-19.

Menerusi bantuan ini, MAIS telah mendapat maklumat dari badan berkenaan yang sangat memerlukan bantuan dan MAIS segera menyalurkan sumbangan kepada mereka.

*Tabung Prihatin Covid-19 MAIS masih memerlukan sumbangan anda agar lebih ramai yang dapat dibantu.*

Kepada yang turut sama ingin menyumbang boleh terus ke: *http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php*

Atau secara pindahan wang ke no. akaun *12038010134961, *Bank Islam Malaysia Berhad* (BIMB), atas nama Majlis Agama Islam Selangor. (Nyatakan: Tabung Sumbangan Covid19).

Semoga sumbangan dan keprihatinan anda ini akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3101″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3103″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3102″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3104″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor