[vc_row][vc_column][vc_column_text]KEDAH 11 Mac – Delegasi dari Majlis Agama Islam Selangor mengunjungi Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hari ini, 11 Mac.

Tujuan lawatan ini adalah bagi mengenali lebih dekat sistem kutipan dan agihan zakat yang dikenali sebagai ZAKAT ON TOUCH.

Menurut Dr. Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS yang turut mengetuai delegasi melalui sistem yang dibangunkan oleh LZNK ini, boleh juga dimanfaatkan untuk sistem pengurusan masjid di sini.

Menurutya lagi sistem ini dapat memudahkan orang ramai dengan hanya satu sentuhan untuk menyelesaikan kewajipan dan lebih menarik ianya boleh diakses melalui Google Play Store.

Tambahnya lagi, “InsyaAllah, banyak pengalaman dapat pihak MAIS dan LZNK kongsikan bagi tujuan pembangunan umah mengikut kesesuaian negeri masing-masing.”

Delegasi daripada MAIS seramai enam orang disambut mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif, LZNK Tuan Sheikh Zakaria bin Othman.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3036″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3038″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3037″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3039″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor