[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 17 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan menutup operasi bermula dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020 kecuali Operasi di Baitul Iman, Baitul Ehsan dan Baitul Islah, Bahagian Pemulihan Ar-Riqab.

Walaubagaimanapun, orang ramai boleh terus berurusan melalui laman web rasmi MAIS di www.mais.gov.my untuk pelbagai perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh MAIS.

Perkhidmatan atas talian (online) yang disediakan melalui laman web rasmi MAIS ialah e-aduan, Permohonan Wasiat Online, Katalog Hartanah MAIS, Sumbangan Sedekah, Bayaran Premis/Tanah Baitulmal, Sewa Hartanah MAIS.

Bayaran Utiliti Premis MAIS, Bayaran Tebus Pusaka, Sumbangan Saham Wakaf Selangor, Sumbangan Anak Yatim, Penyerahan Wang Tidak Patuh Syariah dan Penyerahan Wang Orang Berhutang.

Untuk terus berinteraksi, orang ramai amat digalakkan bersama MAIS melalui media sosial rasmi MAIS iaitu di Page Facebook: Majlis Agama Islam Selangor dan Instagram: mais_officialhq.

Memudahkan urusan orang Islam adalah menjadi keutamaan MAIS, oleh itu teruslah berurusan melalui perkhidmatan atas talian disamping mematuhi arahan kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan ini.

[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor