[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 27 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meneruskan edaran sumbangan Tabung Prihatin Covid-19 MAIS, bagi hari kelapan Perintah Kawalan Pergerakan.

Kali ini MAIS menerusi Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menyampaikan sumbangan makanan kering serta keperluan am ke 7 buah rumah anak yatim yang kekurang makanan di sekitar Negeri Selangor.

Antara rumah anak yatim yang menerima sumbangan ialah Rumah Jalinan Kasih, Rumah Amal Baitul Kasih dan Kasih Harmoni.

Setiap rumah anak yatim ini menerima sumbangan makanan kering yang mengandungi beras, tepung, gula, minyak, kicap dan susu.

Kepada yang turut sama ingin menyumbang boleh terus ke aplikasi atas talian http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php atau secara pindahan wang ke no. akaun 12038010134961, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), atas nama Majlis Agama Islam Selangor.

Semoga sumbangan dan keprihatinan anda ini akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3112″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3113″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3114″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor