[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 21 Mac – Alhamdulillah, sembilan hospital telah menerima bantuan makanan kering daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor dan TERAS dalam tempoh dua hari ini.

Hospital yang telah menerima bantuan makanan kering ini ialah PPPUITM Sg. Buloh, Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Banting, Hospital Shah Alam, Hospital Sg. Buloh, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital Kajang dan Hospital Selayang.

Bantuan akan terus disalurkan secara berperingkat ke seluruh hospital dan pusat kesihatan daerah Negeri Selangor.

Terima kasih atas sumbangan orang ramai kepada Tabung Perihatin Covid-19 MAIS. Sumbangan anda akan kami salurkan kepada yang memerlukan.

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban serba sedikit warga kerja hospital yang banyak berkorban kesan daripada wabak Covid-19.

Kepada yang turut sama ingin menyumbang boleh terus ke link http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3056″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3058″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3057″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3059″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor