[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 23 Mac – Alhamdulillah, sepuluh Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Negeri Selangor telah menerima bantuan makanan kering daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd (TERAS), pada 23 Mac.

PKD yang telah menerima bantuan adalah PKD Gombak, Petaling, Kuala Langat, Sabak Bernam, Klang, Pelabuhan Klang, Sepang, Hulu Langat, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Rata-rata daripada mereka mengucapkan jutaan terima kasih atas bantuan ini.

Terdahulu, MAIS dengan kerjasama LZS dan TERAS telah menyampaikan bantuan makanan kepada sembilan hospital iaitu PPPUITM Sg. Buloh, Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Banting, Hospital Shah Alam, Hospital Sg. Buloh, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital Kajang dan Hospital Selayang.

Jumlah keseluruhan bantuan adalah sebanyak 3,000 pek makanan kering seperti roti dan air kotak bernilai RM10,000. Semoga bantuan yang telah diagihkan ini dapat meringankan mereka yang berada di barisan hadapan.

Kepada anda semua yang turut sama ingin menyumbang kepada mereka yang memerlukan kesan daripada Covid-19 ini, bolehlah menyalurkan sumbangan anda terus ke http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui pindahan wang ke no. akaun 12038010134961, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), atas nama Majlis Agama Islam Selangor. (Nyatakan:Tabung sumbangan Covid19).

Marilah kita bersama terus membantu barisan hadapan dan mereka yang banyak berkorban dalam menangani Covid-19.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3071″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3073″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3072″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3074″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor